Monday, May 25, 2009

TANDA-TANDA AKHIR ZAMAN





Baru-baru ini dunia digemparkan dengan sejenis penyakit berbahaya iaitu selesema babi yang disebabkan virus H1N1. Buat masa sekarang sudah 150 jiwa telah menjadi korban akibat selsema babi. Negara-negara yang terjejas ialah Mexico, AS, Kanada, EU, New Zealand dan yang terkini di Thailand. Kebanyakan kes selesema babi yang disebabkan virus H1N1 - yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia, berlaku di kalangan golongan yang berumur 45 tahun ke bawah.

Gejala dan tanda jangkitan virus itu adalah demam, batuk, sakit badan serta susah bernafas, selain dikesan berlaku di kalangan mereka yang mempunyai kaitan dengan ternakan babi. Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi virus babi itu dan belum jelas bagaimana virus selesema manusia sekarang ini dapat melindunginya. Saintis mengatakan ia penemuan sejenis virus baru dan ia boleh merebak daripada manusia kepada manusia.

Maka benarlah ia merupakan tanda-tanda akhir zaman dan alam ini menghampiri ke penghujungnya. Sesuatu benda akan pasti mati dan musnah dan alam ini pasti juga musnah. Dalam Injil Lukas 21:11 mengatakan " dan akan terjadi gempa bumi yang dahsyat dan di berbagai tempat akan ada penyakit sampar dan kelaparan, dan akan terjadi juga hal-hal yang mengejutkan dan tanda-tanda yang dahsyat dari langit." Saya tertarik dengan maksud terjemahan "penyakit sampar" dalam versi Bahasa Inggeris yang mengatakan " There will be great earthquakes, famines and pestilences in various places, and fearful events and great signs from heaven."
Maksud perkataan "pestilences" ialah penyakit menular atau penyakit merebak. Sebelum selsema babi wujud, beberapa penyakit telah wujud iaitu penyakit Coxsackie, JE, SARS dan Selsema Burung. Ternyata tanda dan nubuatan dalam Firman Tuhan ini sudah digenapi. Kalau kita bandingkan nubuatan Alkitab mengenai akhir zaman dengan senario yang berlaku di dunia pada masa ini, semuanya sudah digenapi kecuali pemberitaan khabar baik kepada semua suku bangsa di dunia. Apa bila semua suku bangsa sudah mendengar khabar baik tersebut, maka di sinilah kesudahannya. Kita perlu ingat bahawa Tuhan bukan bermaksud semua umat manusia perlu mendengar injil barulah sampai kesudahanya. Melainkan sudah memadai seorang mendengar Injil bagi mewakili suku bangsanya. Ini adalah tanggungjawab kepada individu tadi untuk menyebarkan khabar baik itu kepada semua suku bangsanya sebagai kesaksian.

Sebagai kita orang yang percaya kepada Tuhan, apakah tindakan kita terhadap fenomena melanda dunia sekarang ini?

No comments: