Sunday, September 6, 2009

KONFERENSI PMM SIB SABAH 2009






Terakhir saya melayani konferensi SIB Sabah ialah pada tahun 2002 kalau tidak silap saya. Syukur kepada Tuhan kerana sekali lagi saya berkesempatan melayani konferensi pada tahun ini. Saya juga bersyukur kerana walaupun jari ini sudah jarang bermain keyboard, namun Tuhan memakai tangan saya dalam pelayanan konferensi tersebut. Haleluyah. Dan secara peribadi saya sangat diberkati dengan konferensi pada tahun ini oleh Firman Tuhan yang disampaikan oleh hamba Tuhan dari Indonesia. Walaupun saya tidak berkesempatan mengikuti konferensi ini sepenuh masa tapi ianya sangat membangun iman saya. Kalau Tuhan kehendaki, saya akan mengikuti KKR konferensi pada tahun hadapan.

Monday, May 25, 2009

TANDA-TANDA AKHIR ZAMAN





Baru-baru ini dunia digemparkan dengan sejenis penyakit berbahaya iaitu selesema babi yang disebabkan virus H1N1. Buat masa sekarang sudah 150 jiwa telah menjadi korban akibat selsema babi. Negara-negara yang terjejas ialah Mexico, AS, Kanada, EU, New Zealand dan yang terkini di Thailand. Kebanyakan kes selesema babi yang disebabkan virus H1N1 - yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia, berlaku di kalangan golongan yang berumur 45 tahun ke bawah.

Gejala dan tanda jangkitan virus itu adalah demam, batuk, sakit badan serta susah bernafas, selain dikesan berlaku di kalangan mereka yang mempunyai kaitan dengan ternakan babi. Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi virus babi itu dan belum jelas bagaimana virus selesema manusia sekarang ini dapat melindunginya. Saintis mengatakan ia penemuan sejenis virus baru dan ia boleh merebak daripada manusia kepada manusia.

Maka benarlah ia merupakan tanda-tanda akhir zaman dan alam ini menghampiri ke penghujungnya. Sesuatu benda akan pasti mati dan musnah dan alam ini pasti juga musnah. Dalam Injil Lukas 21:11 mengatakan " dan akan terjadi gempa bumi yang dahsyat dan di berbagai tempat akan ada penyakit sampar dan kelaparan, dan akan terjadi juga hal-hal yang mengejutkan dan tanda-tanda yang dahsyat dari langit." Saya tertarik dengan maksud terjemahan "penyakit sampar" dalam versi Bahasa Inggeris yang mengatakan " There will be great earthquakes, famines and pestilences in various places, and fearful events and great signs from heaven."
Maksud perkataan "pestilences" ialah penyakit menular atau penyakit merebak. Sebelum selsema babi wujud, beberapa penyakit telah wujud iaitu penyakit Coxsackie, JE, SARS dan Selsema Burung. Ternyata tanda dan nubuatan dalam Firman Tuhan ini sudah digenapi. Kalau kita bandingkan nubuatan Alkitab mengenai akhir zaman dengan senario yang berlaku di dunia pada masa ini, semuanya sudah digenapi kecuali pemberitaan khabar baik kepada semua suku bangsa di dunia. Apa bila semua suku bangsa sudah mendengar khabar baik tersebut, maka di sinilah kesudahannya. Kita perlu ingat bahawa Tuhan bukan bermaksud semua umat manusia perlu mendengar injil barulah sampai kesudahanya. Melainkan sudah memadai seorang mendengar Injil bagi mewakili suku bangsanya. Ini adalah tanggungjawab kepada individu tadi untuk menyebarkan khabar baik itu kepada semua suku bangsanya sebagai kesaksian.

Sebagai kita orang yang percaya kepada Tuhan, apakah tindakan kita terhadap fenomena melanda dunia sekarang ini?

Sunday, March 22, 2009

KEJOHANAN GOLF MSSM DI BUKIT JALIL & KINRARA GOLF CLUB



Pada 17-19 Mac yang lalu Kejohanan Golf MSSM peringkat kebangsaan telah diadakan di Bukit Jalil Golf Club(peserta lelaki) dan Kinrara Golf Club(peserta wanita). Dalam kejohanan ini seorang pelajar dari sekolah saya iaitu Vivienne Chin dalam kategori perempuan bawah 15 tahun telah mewakili Sabah ke kejohanan tersebut. Beliau telah menjadi juara bagi Kategori perempuan bawah 15 tahun dan juga telah menjadi Johan keseluruhan pemain perempuan.

Thursday, March 12, 2009

Harap peralihan jawatan PM lancar

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berharap peralihan kepimpinan Perdana Menteri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak bulan depan berjalan lancar dan tidak mengganggu agenda pembangunan negara.

Tuanku Mizan merakam penghargaan kepada Abdullah atas kepimpinan dan segala sumbangan terutama dalam isu-isu pendemokrasian, akauntabiliti, integriti, pembanterasan rasuah, pengukuhan institusi kehakiman dan pendekatan Islam Hadhari.

"Beta maklum bahawa Perdana Menteri akan menyerahkan kepimpinan negara kepada Timbalan Perdana Menteri pada bulan depan setelah menerajui negara sejak 31 Oktober 2003.

"Beta berharap peralihan kepimpinan ini akan berjalan lancar agar agenda pembangunan negara dapat diteruskan," titah Seri Paduka ketika merasmikan persidangan Parlimen bagi penggal kedua di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Tuanku Mizan turut merakamkan penghargaan kepada semua wakil rakyat, anggota perkhidmatan awam, tentera, polis dan seluruh rakyat yang bersama-sama menyumbang kepada pembangunan, kemakmuran dan keselamatan negara.

Seri Paduka bertitah, semua pihak hendaklah meningkatkan usaha menyokong kerajaan bagi menangani cabaran terutama yang timbul akibat kelembapan ekonomi global.

Yang di-Pertuan Agong bertitah, tanpa sokongan padu semua pihak, segala usaha tersebut tidak akan berjaya.

Dalam pada itu, Tuanku Mizan juga mengingatkan supaya ahli-ahli Dewan Rakyat dapat menunjukkan perilaku yang terpuji dalam Dewan.

Seri Paduka sedih dengan perilaku yang tidak sepatutnya di kalangan wakil rakyat pada sesi persidangan yang lalu kerana ia memberi imej negatif kepada ahli-ahli Parlimen dan Dewan Rakyat khususnya serta negara amnya.

Sehubungan itu, Tuanku Mizan meminta ahli-ahli Parlimen supaya sentiasa mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan tetap Dewan.

Thursday, February 5, 2009

KEJOHANAN GOLF MSS BAHAGIAN BARAT DI RANAU GOLF CLUB PADA 2-4 FEBRUARI 2009



Pada 2 hingga 4 Februari yang lalu saya telah membawa pelajar di sekolah saya ke Kejohanan Golf Peringkat MSS Bahagian barat yang telah diadakan di Ranau Golf Club. Pada 2hb bersamaan hari isnin semua pelajar dari setiap kategori lelaki dan perempuan bawah 12, 15 dan 18 tahun tekun mejalankan practise round. Pada 3 hb maka bermulalah episod pertarungan yang bakal sengit apabila mempertemukan beberapa pemain handalan yang dihasilkan oleh MALGA dan MGA. Walaupun cuaca tidak baik pada hari pertama namun tidak memberi halangan kepada para peserta untuk berantap untuk memiliki gelaran. Wakil MSS Bahagian Barat untuk ke Peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan di Keningau Golf Club pada 13-14 Feb nanti merupakan sasaran kepada semua peserta di setiap kategori. Hari pertama bagi kategori P bawah 15 tahun dan LB bawah 15 tahun telah menjadi milik kedua-dua peserta dari sekolah saya. Hanya peserta tunggal perempuan bawah 15 tahun telah mengekalkan kedudukan dan telah menjadi johan. Sementara peserta lelaki saya tidak mampu mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu di hari pertama bagi bawah 15 tahun lelaki. Dia mampu tersenyum di tempat keempat di penentuan hari terakhir. Walaupun begitu, saya berbangga kerana semangat kesukanan ditunjukkan oleh semua pemain dan majulah sukan golf Sabah

Thursday, January 8, 2009

KEMBALI BERTUGAS SELEPAS CUTI PANJANG



Kaki sangat berat melangkah ke tempat kerja setelah bercuti hampir 2 bulan. Ohhh..boring betul ni. Apa pun dalam minggu pertama saya menjalankan tugas sempat juga diberi peluang untuk memberi taklimat/ceramah mengenai Latihan kebakaran kepada pelajar2 tingkatan satu yang baru masuk.