Tuesday, October 28, 2008

Tournament Golf Pendidikan Peringkat Negeri Sabah di Keningau.

Pada 20-25 Oktober yang lalu saya telah mewakili Gabungan Pendidikan Kota Kinabalu ke pertandingan golf di Keningau Golf Club. Foyoo...Ok juga saya main tapi kami tidak dapat menafikan kehandalan pemain dari Gabungan Keningau. Hanya kategori Nett saja PPGKK mendapat tempat ke 3. Saya sangat enjoy dengan tournament ini. Tahniah buat kawan-kawan semua. Kita jumpa lagi tournament peringkat negeri di Sandakan tahun hadapan.

Sunday, October 26, 2008

Latar Belakang Penulis

Seorang anak jati Sabah yang berasal dari Kg. Bundu Tuhan Ranau. Sekarang menetap di Kg. Kibbas Ranau. Pendidikan awal di SK Kimondou sehingga tahun 6 dan telah melanjutkan pelajaran di SMK Bundu Tuhan sehingga tingkatan 3. Kemudian meneruskan persekolahan di tingkatan 4 hingga 6 di SMK Mat Salleh Ranau. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Gaya selama 2 tahun setengah dan menjadi pendidik di SMK Badin, Tuaran selama kira-kira 6 tahun. Kemudian berpindah mengajar di SMK Menggatal Kota Kinabalu kira-kira 3 tahun sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia dan sekarang bertugas di SM All Saints Kota Kinabalu.
Sebagai seorang yang aktif dalam bidang sukan dan muzik, beliau telah mewakili beberapa kali untuk Kota Kinabalu dalam sukan bola sepak sehingga ke peringkat negeri Sabah. Dalam bidang muzik pula, beliau telah banyak menyertai kumpulan muzik sama ada kegiatan gereja ataupun persatuan lain.
Sekarang sudah bersara dalam permainan lasak seperti bola sepak, takraw, tennis, bola tampar dan sebagainya tetapi telah berjinak-jinak dengan permainan golf dan aktif sampai sekarang.