Friday, February 4, 2011

Air terjun Kionsom Inanam



Air terjun Kionsom Inanam terletak lebih kurang 15km dari pusat bandaraya Kota Kinabalu. Antara tempat di kawasan Kota Kinabalu untuk melepaskan gian untuk mandi-manda. Keadaan persekitaran yang masih asli dengan hutan daranya menambahkan lagi suasana dan daya tarikan kepada para pencinta alam. Selain mandi terdapat juga pondok dan kawasan untuk bersama keluarga berehat sambil membakar sayap untuk hidangan makan tengah hari. Dengan bayaran masuk hanya rm1.50 untuk orang dewasa cukup berbaloi ke sini di hujung minggu. Beriadah sambil menikmati alam semula jadi di samping menghayati keagungan ciptaan Maha Kuasa

Wednesday, February 2, 2011

Faedah Berkebun sendiri



1. Ia dapat mengurangkan perbelanjaan seharian untuk membeli sayur-sayuran dan buah-buahan yang harganya semakin meningkat pada masa ini.

2. Anda boleh mendapatkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar daripada taman anda sendiri.

3. Anda boleh mendapatkan makanan seperti cili, daun kari dan ulam dengan mudah sekali.

4. Anda mengambil makanan yang sihat kerana ia bebas daripada racun perosak atau racun serangga.

5. Ia boleh dijadikan sebagai hobi yang boleh membawa keseronokan kepada ahli keluarga anda.

6. Anak-anak anda sendiri mengetahui dari mana datangnya sumber untuk makanan mereka.

7. Anda akan lebih menghargai nilai makanan dan mensia-siakannya kerana ia hasil titik peluh anda sendiri.

8. Memberikan kepuasan kerana dapat makan buah-buah dan sayur-sayuran dari dalam taman anda sendiri.

9. Menggunakan tanah yang kosong untuk berkebun dapat mengelakkan daripada pembaziran kepada sumber tanah.

10. Hasil tanaman dapat menghijaukan kawasan halaman dan memberikan pemandangan yang indah.

11. Jika menanam dalam kuantiti yang banyak, hasil tanaman boleh dikongsi bersama-sama dengan jiran atau menjualnya untuk mendapatkan wang tambahan.

12. Anda dapat menikmati makanan organik yang dihasilkan sendiri dengan kos yang rendah kerana harga hasil pertanian secara organik amat tinggi di pasaran.

Tuesday, February 1, 2011


Percaturan saya di minggu ke 25