Thursday, December 25, 2008

BERCUTI DI KUDAT BERSAMA KELUARGA



Pertama saya kembalikan syukur kepada Allah kita yang tidak pernah meninggalkan kita atas berkat pimpinan dan penyertaan dalam percutian kami di Kudat pada 22-24 Disember 2008 yang lalu. Selain saya dan ipar saya bermain golf, kami juga sempat melawat di Pantai Bak-Bak dan Simpang Mengayau.

Tuesday, December 2, 2008

ASAL-USUL DUSUN KADAZAN

Diceritakan orang bahawa, pada zaman dahulu kononnya ada sepohon pokok kayu ara yang besar dan luar biasa keadaannya tumbuh dekat dengan sebuah danau yang dalam. Danau itu letaknya dekat dengan tempat yang sekarang ini bernama Kampung Tampias di daerah Lubuk Sugut, Sandakan. Pokok kayu ara yang disebutkan tadi, keseluruhannya berwarna merah, termasuk daunnya. Dalam bahasa orang-orang Dusun atau Kadazan pokok kayu ara itu disebutnya 'Nunuk Ragang'. 'Nunuk' bererti pokok kayu ara dan 'ragang' bererti merah.


Diceritakan juga bahawa pada masa itu tempat tersebut belum lagi didiami oleh manusia. Pada umumnya, kawasan di mana terdapatnya Nunuk Ragang itu dipenuhi oleh hutan belantara yang hanya didiami oleh binatang-binatang buas dan liar sahaja. Pada masa itu terdapat seekor ayam jantan yang sangat besar, kira-kira sebesar seekor kerbau tinggal di situ. Ayam jantan tersebut dipercayai mempunyai kesaktian yang luar biasa. Ikuti kisah di bawah ini..

Kelahiran manusia

Pada suatu hari ayam jantan itu mengais-ngais tanah untuk mencari makanan. Dengan tidak mena-mena terkeluarlah seorang anak muda yang kacak dari bawah tanah yang dikaisnya itu. Ayam jantan tersebut terus juga mengais-ngais dan mencakar tanah. Tidak lama kemudian keluar pula seorang gadis yang sangat jelita. Kedua-dua orang manusia itu diambil dan dipelihara oleh ayam jantan tersebut. Selang beberapa lama, maka kedua manusia itu pun dikahwinkan. Hasil perkahwinan itu lahirlah beberapa orang putera dan puteri. Keturunan mereka ini akhirnya beranak pinak dan berkembang biak pula, lalu mendiami kawasan yang pada mulanya tiada berorang itu. Lama kelamaan tempat itu menjadi semakin ramai penghuninya.Keturunan kedua manusia yang ditemui daripada knisan tanah oleh ayarn jantan itu disebut sebagai 'Orang-orang Nunuk Ragang' yang 'dipercayai' nenek moyang dan keturunan orang-orang Dusun atau Kadazan sekarang ini.

Lelaki yang pertama muncul dari bawah tanah itu dilantik oleh ayam jantan sebagai penghulu di tempat itu. Dia memerintah dengan adil atas bantuan ayam jantan tersebut. Ayam jantan itu tinggal di pokok kayu ara merah tadi. Bersama-sama pokok kayu ara merah tersebut ayam jantan itu menjadi pelindung kepada manusia yang tinggal di situ. Tempat itu juga akhirnya dinamakan Nunuk Ragang mengambil sempena nama pokok kayu ara merah yang istimewa itu.Nunak Ragang dari hari ke hari kian bertambah maju dan penduduknya semakin ramai. Di sekitarnya terdapat beberapa batang anak sungai dan ini menjadikannya suatu kawasan pertanian yang subur dan lumayan. Sejak itu, hiduplah penduduk-penduduk Nunuk Ragang dalam suasana aman dan damai buat beberapa lama.

Ragang Tie

Menurut ceritanya, pada suatu masa Nunak Ragang telah 'diserang' dan diganggu oleh 'Ragang Tie' (tahi merah). Ragang Tie ini tidak dapat digambarkan
keadaannya yang sebenar. Ia kelihatan seperti air yang mengalir apabila dilihat dari jauh dan kadang-kadang orang yang melihatnya seolah-olah seperti manusia sifatnya. Anehnya Ragang Tie itu telah membawa wabak penyakit kepada sesiapa yang tersentuh dan menyentuhnya, bahkan ia sering membawa maut. Di samping itu, Ragang Tie juga memusnahkan hasil-hasil tanaman dan membunuh binatang-binatang ternakan yang terkena padanya.

Oleh yang demikian, ramailah penduduk di situ yang menderita sakit dan mati,binatang ternakan dan tanaman pun turut musnah terkena wabak itu. Hal ini
menjadikan orang-orang Nunuk Ragang berasa amat sedih dan bimbang. Akhirnya, ramai di antara mereka meninggalkan tempat itu dan berpindah ke kawasan lain yang lebih selamat untak didiami. Dengan itu, berpecah dan 'bersepahlah' mereka ke serata daerah dan kawasan seperti yang terdapat pada masa ini.

Kehadiran Orang Bawah Tanah

Pada suatu masa yang lain, tibalah musim menanam padi bagi penduduk Nunuk Ragang. Pada suatu hari, sedang orang-orang kampung itu sibuk menugal padi di huma mereka terdengar suara manusia lain memanggil dan datangnya dari bawah tanah pula. Orang-orang Nunak Ragang berasa hairan bercampur takut, lalu mereka mengadukan kejadian itu pada penghulu mereka. Akhirnya mereka mengadakan mesyuarat dan mencapai kata sepakat, lalu mereka mengorek tanah dari mana terdengarnya suara memanggil itu. Apabila dikorek, maka terbukalah sebuah lubang bawah tanah yang besar. Di dalamnya penuh sesak dengan manusia yang kelihatannya bengis-bengis belaka.

Orang-orang Nunuk Ragang menjadi bertambah takut lebih-lebih lagi apabila mendengar suara percakapan manusia bawah tanah itu sangat kuat dan kasar. Kemudian ketua manusia bawah tanah pun berkata dengan suara yang amat kuat macam halilintar, katanya, "Terima kasih tuan-tuan ......kerana melepaskan kami dan tempat ini sungguh baik rasanya untuk kami kerana kami sudah lama berkurung di bawah tanah. Sekarang kami mahu tinggal di sini pula. Kamu mestilah pergi dari sini kalau tidak kami akan musnahkan kamu semua!........."

Mendengar amaran manusia dari bawah tanah itu, maka orang Nunuk Ragang pun lari bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing. Peristiwa ini juga menyebabkan orang-orang Nunuk Ragang berpindah dari tempat asal mereka, lalu mendiami daerah-daerah lain di Sabah. Dua peristiwa di atas adalah daripada dua cerita yang berlainan yang menyatakan sebab orang-orang Nunuk Ragang berpindah dari tempat asalnya.

Kumpulan manusia dari bawah tanah itu pun mendiami kawasan yang telah ditinggalkan oleh orang Nunuk Ragang. Namun begitu, manusia bawah tanah masih percaya bahawa ayam sakti dan penghulu orang Nunuk Ragang masih ada. Mereka akan membalas dendam terhadap mereka bila-bila rnasa, jadi manusia bawah tanah terus berazam untuk menghapuskan kedua-duanya yang dianggap sebagai musuh mereka. Orang-orang Nunuk Ragang bersama penghulu dan ayam jantan saktinya sentiasa diburu oleh manusia bawah tanah itu.

Setelah beberapa lama manusia bawah tanah masih juga tidak berjaya menghapuskan penghulu dan ayam jantan sakti orang Nunuk Ragang. Akhirnya manusia bawah tanah itu pun tinggal menetap di sekitar kawasan tersebut yang sekarang ini dikenali sebagai orang Tampias, mereka terdapat di kawasan-kawasan perkampungan di daerah Labuk Sugut, Sandakan. Diceritakan orang juga bahawa orang-orang Tampias itu hingga ke hari ini tidak begitu berbaik-baik dengan orang-orang Dusun/Kadazan yang berasal daripada orang-orang Nunuk Ragang.

Manusia bawah tanah itu menurut ceritanya adalah manusia biasa tetapi telah disumpah oleh dewa tanah kerana terlalu banyak membuat kerosakan di muka bumi lalu mereka dihantar mendiami kawasan lubang yang besar di bawah tanah. Di sanalah mereka hidup dan beranak-pinak beberapa lama sehingga mereka dikeluarkan oleh orang Nunuk Ragang.

Perpindahan Suku Kaum Kadazan/Dusun/Rungus ke Merata Tempat

Perasaan marah dan dendam manusia bawah tanah tidak habis-habis terhadap penghulu dan ayam jantan sakti orang Nunuk Ragang. Perkara ini membuatkan ayam jantan sakti menerbangkan penghulu tersebut jauh ke suatu kawasan pergunungan yang sekarang ini dikenali sebagai Ranau. Dengan kuasa sakti ayam jantan tersebut, ia meratakan tanah yang berlumpur itu dengan kaki dan kepakuya, menguis-nguiskannya sehingga tempat itu menjadi rata untak didiami. Oleh kerana kawasan itu berlumpur dan mengambil sempena keadaan asalnya, maka tempat itu pun
dinamakan 'Ranau' yang bermaksud 'lumpur' dalam bahasa Dusun/Kadazan.

Setelah tanah di situ diratakan, maka orang-orang yang mengikut penghulu berpindah itu pun terus membuka tempat kediaman di situ. Mereka menumpukan kegiatan dengan bercucuk tanam dan memelihara binatang ternakan seperti ayam,
itik dan babi.

Adapun manusia bawah tanah tadi masih terus berasa tidak senang dan khuatir kalau-kalau orang-orang Nunuk Ragang datang menuntut bela dan menyerang mereka. Lalu orang dari bawah tanah menyiasat dan akhirnya mereka mendapat tahu bahawa orang-orang Nunuk Ragang berada di Ranau. Maka, mereka pun bergerak pula ke sana untuk membinasakan orang-orang Nunuk Ragang ini. Kedatangan manusia bawah tanah ini telah dapat dikesan oleh ayam jantan sakti, lalu sebelum sempat mereka tiba ke Ranau, ayam jantan sakti telah pun menerbangkan penghulu Nunuk Ragang ke suatu tempat lain bersama pengikutnya dan tempat itu kemudiannya dikenali sebagai Tambunan.

Di tempat baru itu seperti juga sebelumnya ayan jantan sakti tadi membantu penghulunya dengan menguis-nguis dan meratakan tanah untuk dijadikan kawasan tempat tinggal orang-orang Nunuk Ragang. Hal ini diketahui juga akhirnya oleh manusia dari bawah tanah dan mereka menjadi semakin marah terhadap orang Nunuk Ragang, lebih-lebih lagi terhadap ayam jantan sakti itu dan mereka terus berazam untak menghapuskannya.

Seperti kebiasaan perangai ayam jantan setiap pagi ia akan berkokok, begitu juga ayam jantan sakti ini. Bunyi kokokannya pula amat kuat hingga terdengar ke Ranau dan tempat-tempat lain yang agak jauh dari tempatnya berkokok itu. Menurut ceritanya, bunyi kokokan ayam jantan inilah yang membolehkan manusia dari bawah tanah itu menjejak kedudukan ayam tersebut dan penghulu Nunuk Ragang. Lalu kumpulan manusia dari bawah tanah itu bergerak pula ke Tambunan. Seperti dahulu juga ayam jantan sakti itu telah mengetahui kedatangan mereka lebih awal dan terus menerbangkan penghulu itu ke satu tempat lain bernama Apin-apin. Di situ mereka membuka pula tempat kediaman yang baru.

Oleh kerana manusia dari bawah tanah tadi hanya mendendami penghulu Nunuk Ragang dan ayam jantan saktinya sahaja, maka hanya sebahagian sahaja manusia bawah tanah yang ikut memburunya. Sementara yang lainnya terus tinggal menetap di tempat-tempat yang telah dibuka oleh ayam jantan dan orang-orang Nunuk Ragang itu.

Disebabkan penghulu Nunuk Ragang tidak lama mendiami Tambunan kemudian terpaksa berpindah ke Apin-apin, maka dia melantik seorang penolongnya yang bernama 'Gombunan' sebagai ketua orang-orang Nunuk Ragang yang menetap di situ. Maka nama Tambunan adalah mengambil sempena nama ketua mereka yang dilantik oleh penghulu tadi. Lagipun tempat baru (Tambunan) itu belum mendapat namanya lagi pada ketika itu.

Di Apin-apin, seperti tempat-tempat lain yang dibukanya sebelum itu, penghulu Nunuk Ragang dan ayam jantan saktinya tidak dapat tinggal lama kerana manusia dari bawah tanah terus mengesannya. Seperti biasa, ayam jantan sakti tadi menerbangkan pula penghulu Nunuk Ragang ke suatu tempat lain yang lebih jauh di kawasan pedalaman yang kemudiannya disebut sebagai Keningau. Seperti selalunya ayam jantan itu meratakan kawasan tersebut untuk dibuat tempat kediaman. Di tempat tersebut ketika itu banyak terdapat pokok 'kayu manis', maka tempat itu lalu dinamakan 'Keningau' dalam bahasa Dusun/ Kadazan yang bererti 'kayu manis'.

Kematian Penghulu & Ayam Jantan Sakti

Tidak berapa lama di Keningau ayam jantan sakti itu pun jatuh sakit dan terus menemui ajalnya kerana sudah tua lalu ditanamkan di suatu tempat di situ. Selang tidak berapa lama kemudian, penghulu Nunuk Ragang pula menghembuskan nafas juga kerana penyakit tua. Dengan kematian kedua-dua makhluk yang sentiasa diburu oleh manusia dari bawah tanah itu, maka mereka pun berhentilah memburu dan memusuhi orang-orang Nunuk Ragang.

Kematian ayam jantan sakti dan penghulu orang-orang Nunuk Ragang itu menyebabkan orang-orangnya merasakan sesuatu yang berharga telah hilang daripada mereka. Ini merupakan satu kehilangan yang amat besar buat mereka. Sesungguhnya ayam jantan sakti amat banyak jasanya kepada suku kaum Momogun dalam membuka beberapa kawasan tempat kediaman mereka. Jika diperhatikan, (malah hingga ke hari ini) kebanyakan tempat yang didiami oleh orang-orang Momogun ( Dusun/Kadazan) adalah di kawasan bukit dan pergunungan yang seakan-akan telah diratakan. Orang-orang Momogun khususnya kaum Rungus mempercayai akan kisah ini.

Pokok Nunuk Ragang yang ditinggalkan oleh orang-orang Momogun berdekatan dengan danau itu dikatakan telah ditebang dan dimusnahkan oleh manusia dari bawah tanah yang dipercayai sekarang ini sebagai nenek moyang orang Tampias di Sabah

Dipetik dari : http://www.sabah.edu.my/itls07013/agamadankepercayaan_nunukragang.html

Sunday, November 23, 2008

MY SON'S FIRST TOURNAMENT



Pada 22 November 2008 bersamaan hari sabtu merupakan pengalaman pertama anak lelaki saya untuk menyertai tournament junior golf kategori A lelaki iaitu 4-9 tahun yang diadakan di Par 3 Likas anjuran Sabah International Golf Academy(SIGA). Ini juga merupakan tournament pertama yang dianjurkan oleh SIGA. Anak saya terpaksa berhempas pulas untuk menewaskan rakan sebelum muncul menjadi champion bagi kategori A lelaki. Pengalaman ini telah menyuntik semangat anak saya untuk terus bermain permainan golf. Saya mengharap anak saya akan dapat mempertingkatkan kemahiran dalam permainan golf pada masa akan datang.

Monday, November 17, 2008

BERMAIN GOLF DI LABUAN GOLF CLUB


Hari ini adalah hari yang sangat bersejarah bagi saya kerana inilah kali pertama saya akan bermain golf di Labuan Golf Club. Seawal jam 4.30 subuh saya sudah bangun untuk bersiap-siap pergi ke Labuan. Saya membawa kereta saya dan tinggalkan kereta saya di tempat kawan saya di rumahnya kerana saya penumpang dia dan menggunakan satu kereta sahaja ke Menumbuk. Kira-kira jam 8.00 pagi kami tiba di Menumbuk dan kami meletakkankan kereta di sana dan meneruskan perjalanan melalui bot laju. Kira-kira 25 minit perjalanan kami tiba di Jeti Labuan dan kami dijemput oleh seorang kawan yang bertugas di sana. Selepas bersarapan, kira-kira jam 10.00 pagi kami T off. Saya sangat enjoy bermain di sana kerana sudah menjadi lumrah dalam permainan golf apabila cuba menikmati cabaran sesuatu course baru. Sekitar jam 3.30 petang kami telah menhabiskan 18 lubang dan teman kami yang bertugas diLabuan tersebut mengajak kami makan di rumahnya. Kira-kira jam 5.00 petang saya dengan rakan tadi bertolak dari Labuan ke Menumbuk. Seterusnya kami bertolak dari Menumbuk kira-kira pukul 5.30 petang pulang ke Kota Kinabalu. Rasanya adalah lebih dekat pergi bermain golf di Labuan daripada pergi bermain golf di Kudat atau Sandakan. Sesuatu yang agak tidak dijangka ialah apabila sempat pergi balik di Labuan semata-mata untuk main golf. Walaupun banyak course golf di sekitar bandaraya K. Kinabalu, namun masih juga memilih Labuan sebagai destinasi untuk melepaskan gian main golf.

Wednesday, November 5, 2008

TANDA-TANDA AKHIR ZAMAN

T

Menurut sejarah, tidak ada sesuatu kerajaan/kuasa yang akan kekal lama. Satu ketika nanti akhirnya akan jatuh juga. Bila kita melihat semula mimpi raja Nebukadnezar, raja Babel pada zaman Nabi Daniel kerajaan demi kerajaan telah bangkit dan berakhir dengan keruntuhan telah terjadi berdasarkan mimpi patung raja Nebukadnezar tersebut. Berbalik kepada mimpi raja Nebukadnezar tersebut iaitu sebuah patung seperti berikut :

1. Kepala = emas tua
2. Dada & lengan = perak
3. Perut & pinggang = tembaga
4. Paha = besi
5. Kaki = besi bercampur tanah liat.

Lalu sebuah batu tanpa perbuatan tangan manusia menimpa patung itu tepat pada kakinya(besi bercampur tanah liat) sehingga remuk sehingga menyebabkan kesemua patung itu rebah dan rosak. Berikut adalah tafsiran kepada mimpi raja Nebukadnezar:-


KERAJAAN-KERAJAAN DUNIA (Daniel 2)


Dengan kuasa Tuhan, Daniel, bukan saja dapat mengetahu mimpi Raja Nebukadnezar, juga dapat mengungkapkan maknanya.

Daniel 2: 31-35
Ya raja, tuanku melihat suatu penglihatan, yakni sebuah patung yang amat besar! Patung ini tinggi, berkilau-kilauan luar biasa, tegak di hadapan tuanku, dan tampak mendahsyatkan.
Adapun patung itu, kepalanya dari emas tua, dada dan lengannya dari perak, perut dan pinggangnya dari tembaga, sedang pahanya dari besi dengan kakinya sebagian dari besi dan sebagian lagi dari tanah liat.
Sementara tuanku melihatnya, terungkit lepas sebuah batu tanpa perbuatan tangan manusia, lalu menimpa patung itu, tepat pada kakinya yang dari besi dan tanah liat itu, sehingga remuk.Maka dengan sekaligus diremukkannyalah juga besi, tanah liat, tembaga, perak dan emas itu, dan semuanya menjadi seperti sekam di tempat pengirikan pada musim panas, lalu angin menghembuskannya, sehingga tidak ada bekas-bekasnya yang ditemukan. Tetapi batu yang menimpa patung itu menjadi gunung besar yang memenuhi seluruh bumi.

1. KEPALA EMAS - Kerajaan Babilonia (605-539 seb M)


"Ya tuanku raja, raja segala raja, yang kepadanya oleh Allah semesta langit telah diberikan kerajaan, kekuasaan, kekuatan dan kemuliaan, dan yang ke dalam tangannya telah diserahkan-Nya anak-anak manusia, di manapun mereka berada, binatang-binatang di padang dan burung-burung di udara, dan yang dibuat-Nya menjadi kuasa atas semuanya itu--tuankulah kepala yang dari emas itu." Dan 2: 37-38

Keterangan:

Penemuan Arkelologi menunjukkan bahwa kerajaan Babel adalah kerajaan yang makmur dan jaya. Telah lama dikenal dunia (+ 3000 sebelum Masehi, jaman Nimrod). Keliling kota Babel ada sekitar 10 mil. Bagian dalam kota dilapisi oleh 2 lapis tembok. Tembok sebelah dalam kira-kira 12 kaki tebalnya, tembok luar kira-kira 22 kaki tebalnya. Diantara kedua tembok itu terdapat parit. Perbentengan luar juga mempunyai 2 tembok, masing-masing 24 dan 26 kaki tebalnya. Tiap 55 yar terdapat menara, 250 buah semuanya. Persediaan makanan mereka cukup untuk satu juta penduduknya selama 20 tahun.

Beberapa . raja Babilonia yang memerintah dalam kurun waktu nubuat Daniel antara lain

* Raja Nebukadnezar (604 - 562 Seb. M).

* Amal Mardukh (562 - 560 Seb. M).

* Neriglissar (560 - 556 Seb. M).

* Laborosoachod (556 - 555 Seb. M).

* Nebonidus (555 - 540 Seb. M).

* Belshasar (540 - 539 Seb. M)

Belshasar adalah cucu Raja Nebukadnezar yang disebut dalam Daniel 5. Pada masa pemerintahannya, ibukota Babilonia diserbu dan direbut Raja Darius dari Medo dan Raja Koresy dari Parsia tahun 539 Sebelum Masehi. Kemaharajaan Babilonia runtuh, berdirilah kemaharajaan Medo-Parsia.

Betapapun kuatnya kerajaan Babel, sesuai nubuatan Alkitab kerajaan ini akan runtuh.

Daniel 5:28 juga menerangkan dengan jelas bahwa, "Kerajaan tuanku dipecah dan diberikan kepada orang Media dan Persia." Melalui pengepungan yang cukup lama, Koresy, raja Persia, dapat mengalihkan aliran sungai Efrat ke tempat lain. Melalui sungai yang telah dikeringkan itu tentara Persia menyerang masuk kota Babel dan mengalahkannya.

2. DADA & LENGAN PERAK - Kerajaan Medo-Parsia (539-331 seb M)


"Tetapi sesudah tuanku akan muncul suatu kerajaan lain, yang kurang besar dari kerajaan tuanku; kemudian suatu kerajaan lagi, yakni yang ketiga, dari tembaga, yang akan berkuasa atas seluruh bumi." Dan 2:39

Keterangan :

Alkitab menceritakan wilayah kerajaan ini meliputi 120 propinsi dari India sampai Etiopia (Ester 1:1).

Beberapa penguasa kerajaan ini yang terkait dengan nubuat Nabi Daniel antara lain

* Raja Darius dari Medo (539 - 536 Seb. TM) Ezra 6:1.

* Raja Koresy dari Parsia (536 - 529 Seb. TM) Ezra 1:1

* Cambyses dan 9 raja keturunan Parsia termasuk Raja Xerxes I (485 - 465 Seb. M) dan Raja Arthasasta 1 (465 Seb. M- ) Ezra 7:7

* Raja Darius Codomanus (336 - 331 Seb.M). Raja ini keturunan Medo yang dikalahkan Aleksander Zulkarnaen di Arbela tahun 331 Seb.M meskipun kekuatannya 20 kali lebih besar dari kekuatan bangsa Makedonia/Yunani. Tercatat pengkhianatan punggawa-punggawa raja.

3. PERUT & PINGGANG TEMBAGA - Kerajaan Yunani (331-168 seb. M)

Keterangan :

Kerajaan Yunani (Gerika) mengikuti kerajaan Medo-Parsia sebagai suatu kerajaan dunia, memerintah selama 163 tahun. Aleksander Agung (Iskandar Zulkarnaen) hidup antara 354-323 Seb.M, hanya berusia 32 tahun, meninggal di puncak kemenangannya menaklukkan Mesir. Kemaharajaan Gerika tidak diwarisi keturunannya, tapi-menjadi lemah dan terbagi atas 4 Panglima yang menjadi Gubernur tapi berlaku sebagai raja. Ke 4 Panglima itu adalah

* Cassander di Barat meliputi Makedonia/Yunani.

* Lysimachus di Utara meliputi Thrace, Asia Kecil-Bosphorus * Ptolemy di Selatan meliputi Mesir, Arab dan Palestina.

* Seleucus di Tin-bur meliputi Syria, Babilonia. Keturunan-keturunan para panglima itu berusaha menyatukan seluruh bekas wilayah Gerika tapi untuk waktu cukup lama tidak satu pun yang berhasil.

4. PAHA DARI BESI - Kerajaan Romawi (168 seb M - 476 M)

"Sesudah itu akan ada suatu kerajaan yang keempat, yang keras seperti besi, tepat seperti besi yang meremukkan dan menghancurkan segala sesuatu; dan seperti besi yang menghancurluluhkan, maka kerajaan ini akan meremukkan dan menghancurluluhkan semuanya.Dan seperti tuanku lihat kaki dan jari-jarinya sebagian dari tanah liat tukang periuk dan sebagian lagi dari besi, itu berarti, bahwa kerajaan itu terbagi; memang kerajaan itu juga keras seperti besi, sesuai dengan yang tuanku lihat besi itu bercampur dengan tanah liat.
Tetapi sebagaimana jari-jari kaki itu sebagian dari besi dan sebagian lagi dari tanah liat, demikianlah kerajaan itu akan menjadi keras sebagian dan rapuh sebagian." Dan 2 : 40-42

Keterangan:

Keturunan Lysimachus di Utara bertambah kuat dan akhirnya pada tahun 168 Seb.M mengalahkan Raja Philipus V dari Makedonia, Raja Antiokus III dari Syria dan menaklukkan Mesir. Berdirilah kerajaan ROMA. Kekaisaran Roma bertambah luas dan kuat. Kaisar Julius Caesar menaklukkan Mesir. Beberapa Kaisar lain menjadikan Emperium Roma menjadi superpower dunia.

Kaisar Diocletianus (283 - 305 TM) mulai memindahkan pemerintahan ke bagian timur. Kemudian Kaisar Konstantin menetapkan Konstantinopel (Istambul, di Turki) sebagai Ibukota Kekaisaran. Bagian Timur berkembang dan disebut Byzantium, bagian barat kurang berperan dan terpecah-pecah. Sejarah menyebutnya Rom Barat dan Rom Timur, menjadi 2 seperti kaki patung.manusia dalam Daniel 2.

5. KAKI DARI BESI & TANAH LIAT - Kerajaan-kerajaan Eropa (476 M s/d Kedatangan Yesus II)

Tahun 476 M adalah tahun yang dikenal sebagai kejatuhan Kerajaan Romawi, perpecahan kerajaan itu sebenarnya mengalami proses yang lama, lebih dari 200 tahun. Antara th 350 - 500 M, wilayah Romawi berhasil dimasuki oleh penyerang dari Jerman. Beberapa suku Barbar yang menyerang cepat menghilang tanpa meninggalkan bekas. Suku-suku Barbar lain berhasil menaklukkan dan menguasai kerajaan yang sudah kalah itu. Peta di bawah ini memperlihatkan lokasi dari sepuluh di antara kerajaan Barbar yang kuat dan lebih permanen dari kerajan lain. Namun perbatasan kerajaan tersebut selalu berubah hingga tak ada peta yang bisa menggambarkan secara tepat tentang suksesi yang cepat dan perubahan-perubahan yang terjadi selama pergolakan politik waktu itu.

Anglo-Saxons ......... England Visigoths ........ Spanyol

Franks ..................... Perancis Suevi ............... Portugal

Alemani ................. Jerman Ostrogoth ...... Hilang dari sejarah

Burgundians ......... Switzerland Vandals .......... Hilang dari sejarah

Lombards ......... ..... Italia Heruli ........... Hilang dari sejarah

Kemewahan membuat Kekaisaran Roma melemah, lahirlah kerajaan-kerajaan walau masih bernaung di bawah kekaisaran Roma, besar-kecil, kuat lemah seperti dinubuatkan Daniel 2, kakinya terdiri besi bercampur tanah liat. Wilayah Romawi di Eropa, Asia dan Afrika tidak pernah bisa dipersatukan lagi, saat ini bekas wilayah Romawi itu menjadi puluhan negara.

"Seperti tuanku lihat besi bercampur dengan tanah liat, itu berarti: mereka akan bercampur oleh perkawinan, tetapi tidak akan merupakan satu kesatuan, seperti besi tidak dapat bercampur dengan tanah liat" Dan 2:43. Usaha menyatukan Eropa melalui perkawinan terjadi diantara putar-putri Raja Christian IX dari Denmark. Raja-raja Ingris, Rusia, Yunani, Norwegia, Jerman dan Denmark adalah kakak beradik dan kemenakan satu sama lain. Namun usaha ini gagal. Charles Martel mencoba menyatukan Eropa menjadi negara Kristen yang besar pada abad ke-8, tetapi gagal. Kaisar Kareal IV (1500-1558) dari Holy Roman Empire berusaha mempersatukan bangsa-bangsa Eropa tetapi ia juga gagal. Nama-nama lainnya yang telah berusaha menyatukan Eropa: Louis XIV (1638-1715), Napoleon Bonaparte (1769-1821), Kaisar Wilhelm (1859-1941), Mussolini (1883-1945) dan bahkan Hitler (1889-1944).

6. BATU DARI LANGIT - Kerajaan Allah


"Tetapi pada zaman raja-raja, Allah semesta langit akan mendirikan suatu kerajaan yang tidak akan binasa sampai selama-lamanya, dan kekuasaan tidak akan beralih lagi kepada bangsa lain: kerajaan itu akan meremukkan segala kerajaan dan menghabisinya, tetapi kerajaan itu sendiri akan tetap untuk selama-lamanya, tepat seperti yang tuanku lihat, bahwa tanpa perbuatan tangan manusia sebuah batu terungkit lepas dari gunung dan meremukkan besi, tembaga, tanah liat, perak dan emas itu. Allah yang maha besar telah memberitahukan kepada tuanku raja apa yang akan terjadi di kemudian hari; mimpi itu adalah benar dan maknanya dapat dipercayai." Dan 2:44-45

Kita hidup dalam zaman bangsa-bangsa Eropa yang digambarkan oleh kaki dan kari-jari kaki patung yang besar itu. Kerajaan Kristus akan segera menjadi kenyataan. JanjiNya pada penutupan Kitab yang telah diberikan pada kita "Aku datang segera!"


Tetapi pada masa ini kerajaan USA masih lagi menguasai dunia. Ini bermakna kerajaan USA tidak akan dapat bertahan selamanya. Pasti ada satu kerajaan yang akan lebih berkuasa daripada USA pada akhir zaman. Siapa kuasa itu? Adakah kuasa itu Kesatuan Eropah? Kalau ya, bagaimanakah nanti kedudukan kuasa USA pada ketika itu? Terkini kita digemparkan dengan kemenangan Barack Obama seorang berkulit hitam menjadi presiden USA. Apa ini akan mengubah kerajaan USA? Kita tunggu dan lihat pekerjaan Tuhan di muka bumi ini

Sunday, November 2, 2008


Wah...punya gembira saya kerana sekali lagi saya mendapat tempat kedua dalam tournament The 12th YB Datuk DR Ewon Ebin's Golf Challenge Trophy pada 1-2 Nov yang lalu. Tapi yang paling menyeronokkan ialah dapat satu flight dengan pro Ranau, saudara Duin Etin dan juga tidak kurang hebatnya c Mazlan. Harap mendapat lagi kemenangan pada masa akan datang. Hidup Golf.


Tuesday, October 28, 2008

Tournament Golf Pendidikan Peringkat Negeri Sabah di Keningau.

Pada 20-25 Oktober yang lalu saya telah mewakili Gabungan Pendidikan Kota Kinabalu ke pertandingan golf di Keningau Golf Club. Foyoo...Ok juga saya main tapi kami tidak dapat menafikan kehandalan pemain dari Gabungan Keningau. Hanya kategori Nett saja PPGKK mendapat tempat ke 3. Saya sangat enjoy dengan tournament ini. Tahniah buat kawan-kawan semua. Kita jumpa lagi tournament peringkat negeri di Sandakan tahun hadapan.

Sunday, October 26, 2008

Latar Belakang Penulis

Seorang anak jati Sabah yang berasal dari Kg. Bundu Tuhan Ranau. Sekarang menetap di Kg. Kibbas Ranau. Pendidikan awal di SK Kimondou sehingga tahun 6 dan telah melanjutkan pelajaran di SMK Bundu Tuhan sehingga tingkatan 3. Kemudian meneruskan persekolahan di tingkatan 4 hingga 6 di SMK Mat Salleh Ranau. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Gaya selama 2 tahun setengah dan menjadi pendidik di SMK Badin, Tuaran selama kira-kira 6 tahun. Kemudian berpindah mengajar di SMK Menggatal Kota Kinabalu kira-kira 3 tahun sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia dan sekarang bertugas di SM All Saints Kota Kinabalu.
Sebagai seorang yang aktif dalam bidang sukan dan muzik, beliau telah mewakili beberapa kali untuk Kota Kinabalu dalam sukan bola sepak sehingga ke peringkat negeri Sabah. Dalam bidang muzik pula, beliau telah banyak menyertai kumpulan muzik sama ada kegiatan gereja ataupun persatuan lain.
Sekarang sudah bersara dalam permainan lasak seperti bola sepak, takraw, tennis, bola tampar dan sebagainya tetapi telah berjinak-jinak dengan permainan golf dan aktif sampai sekarang.