

Pada 22 November 2008 bersamaan hari sabtu merupakan pengalaman pertama anak lelaki saya untuk menyertai tournament junior golf kategori A lelaki iaitu 4-9 tahun yang diadakan di Par 3 Likas anjuran Sabah International Golf Academy(SIGA). Ini juga merupakan tournament pertama yang dianjurkan oleh SIGA. Anak saya terpaksa berhempas pulas untuk menewaskan rakan sebelum muncul menjadi champion bagi kategori A lelaki. Pengalaman ini telah menyuntik semangat anak saya untuk terus bermain permainan golf. Saya mengharap anak saya akan dapat mempertingkatkan kemahiran dalam permainan golf pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment