Monday, November 17, 2008

BERMAIN GOLF DI LABUAN GOLF CLUB


Hari ini adalah hari yang sangat bersejarah bagi saya kerana inilah kali pertama saya akan bermain golf di Labuan Golf Club. Seawal jam 4.30 subuh saya sudah bangun untuk bersiap-siap pergi ke Labuan. Saya membawa kereta saya dan tinggalkan kereta saya di tempat kawan saya di rumahnya kerana saya penumpang dia dan menggunakan satu kereta sahaja ke Menumbuk. Kira-kira jam 8.00 pagi kami tiba di Menumbuk dan kami meletakkankan kereta di sana dan meneruskan perjalanan melalui bot laju. Kira-kira 25 minit perjalanan kami tiba di Jeti Labuan dan kami dijemput oleh seorang kawan yang bertugas di sana. Selepas bersarapan, kira-kira jam 10.00 pagi kami T off. Saya sangat enjoy bermain di sana kerana sudah menjadi lumrah dalam permainan golf apabila cuba menikmati cabaran sesuatu course baru. Sekitar jam 3.30 petang kami telah menhabiskan 18 lubang dan teman kami yang bertugas diLabuan tersebut mengajak kami makan di rumahnya. Kira-kira jam 5.00 petang saya dengan rakan tadi bertolak dari Labuan ke Menumbuk. Seterusnya kami bertolak dari Menumbuk kira-kira pukul 5.30 petang pulang ke Kota Kinabalu. Rasanya adalah lebih dekat pergi bermain golf di Labuan daripada pergi bermain golf di Kudat atau Sandakan. Sesuatu yang agak tidak dijangka ialah apabila sempat pergi balik di Labuan semata-mata untuk main golf. Walaupun banyak course golf di sekitar bandaraya K. Kinabalu, namun masih juga memilih Labuan sebagai destinasi untuk melepaskan gian main golf.

No comments: