Sunday, October 26, 2008

Latar Belakang Penulis

Seorang anak jati Sabah yang berasal dari Kg. Bundu Tuhan Ranau. Sekarang menetap di Kg. Kibbas Ranau. Pendidikan awal di SK Kimondou sehingga tahun 6 dan telah melanjutkan pelajaran di SMK Bundu Tuhan sehingga tingkatan 3. Kemudian meneruskan persekolahan di tingkatan 4 hingga 6 di SMK Mat Salleh Ranau. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Gaya selama 2 tahun setengah dan menjadi pendidik di SMK Badin, Tuaran selama kira-kira 6 tahun. Kemudian berpindah mengajar di SMK Menggatal Kota Kinabalu kira-kira 3 tahun sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia dan sekarang bertugas di SM All Saints Kota Kinabalu.
Sebagai seorang yang aktif dalam bidang sukan dan muzik, beliau telah mewakili beberapa kali untuk Kota Kinabalu dalam sukan bola sepak sehingga ke peringkat negeri Sabah. Dalam bidang muzik pula, beliau telah banyak menyertai kumpulan muzik sama ada kegiatan gereja ataupun persatuan lain.
Sekarang sudah bersara dalam permainan lasak seperti bola sepak, takraw, tennis, bola tampar dan sebagainya tetapi telah berjinak-jinak dengan permainan golf dan aktif sampai sekarang.

No comments: